WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > LDP > Kandungan

PERTIMBANGAN SKIM LDPSL

  1. Sokongan skim latihan ini mestilah berkaitan secara langsung dengan perancangan Sumber Tenaga Manusia (HRD) Kementerian/Jabatan masing-masing. Oleh itu sokongan bagi latihan pada pokoknya berdasarkan perancangan sistematik Kementerian/Jabatan yang mengenalpasti bidang dan pegawai untuk tujuan ini. Pegawai yang dipilih dan disokong merupakan pegawai terbaik dan berkelayakan di dalam bidangnya. Kebenaran bagi Skim ini boleh di dalam dua bentuk iaitu di atas sokongan atau tawaran kepada pegawai.

  2. Penilaian akan dibuat keatas semua sokongan atau keperluan secara keseluruhan dan pertimbangan dibuat mengikut merit sokongan atau keperluan Kementerian/Jabatan yang tidak semestinya terikat kepada mana-mana kuota yang ditetapkan bagi Kementerian/Jabatan masing-masing.

  3. Penilaian calon yang disokong atau untuk diberikan tawaran, jika diperlukan, akan dibuat melalui sistem ujian atau/dan temuduga.

  4. Bidang kursus/latihan dikendalikan oleh institusi pengajian yang terkemuka di luar negeri.

    Sebagai panduan sahaja dilampirkan ( Lampiran II ) kedudukan ‘ranking’ universiti terkemuka di United Kingdom, Australia, Canada, Amerika Syarikat dan dunia bagi 2005/2006. Perlu dimaklumi kedudukan ini mengikut kriteria tertentu dan penyertaan universiti tertentu didalam penilaian ‘ranking’ dan ianya sentiasa dinamik.


UMUR

  1. Skim memberikan keutamaan kepada calon-calon berumur di dalam lingkungan 40 tahun ke bawah (perkataan ‘lingkungan’ memungkin pertimbangan keatas pegawai yang baru melimpasi umur 40 tahun).

  2. Pegawai berumur di dalam lingkungan 35 tahun ke bawah yang mempunyai kelulusan penuh akademik peringkat ‘A’ atau sebanding yang cemerlang di dalam subjek-subjek strategik akan diberi pertimbangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi termasuk diploma atau ijazah pertama di bawah Skim ini.

  3. Latihan jangka pendek dibukakan kepada calon-calon berumur hingga 53 tahun.

  4. Tempoh ikat janji (bond) dengan Kerajaan adalah seperti di Lampiran III.


TEMPOH KURSUS

Tempoh maksima secara am ialah sehingga empat tahun akademik atau kalender tertakluk kepada kedudukan dan keperluan rasmi kursus yang diikut

Tempoh secara khusus yang mungkin melebihi tempoh am 4 tahun ini boleh dipertimbangkan jika ianya merupakan keperluan sebenar latihan, pada misalnya, di dalam melatih pakar-pakar perubatan dan seumpamanya.

Bagi kepentingan yang sama pegawai-pegawai LDPSL yang menjalani latihan bagi ijazah Ph.D diperlukan untuk menyatakan tarikh rasmi pusat pengajian masing-masing mengesahkan penerimaan topik bagi thesis Ph.D berkenaan.


AM

Oleh kerana skim ini diluluskan atau ditawarkan kepada pegawai berasaskan kehendak perancangan dan keperluan Kementerian/Jabatan, maka pegawai yang berkursus adalah layak dan dibolehkan untuk memohon dan dipertimbangkan sama dengan pegawai-pegawai lain bagi sokongan kenaikan pangkat semasa berkursus.
 
Jika pegawai berkenaan disokong dan terpilih untuk dinaikkan pangkat, kenaikannya tertakluk seperti berikut:

  1. Kenaikannya pada tarikh sokongan diluluskan jika ia menamatkan kursusnya mengikut tempoh asal yang dibenarkan dalam mana bayaran gajinya bagi kenaikan ini dibayar secara kebelakangan.

  2. Kenaikannya ditangguhkan kepada tarikh ia menamatkan kursus jika ia tidak dapat menamatkannya di dalam tempoh asal yang dibenarkan dengan syarat tempoh tambahan yang dibenarkan tersebut tidak melebihi enam (6) bulan.

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.