WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > LDP > Kandungan

PENDAHULUAN

  1. Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan Latihan Dalam Perkhidmatan Seberang Laut (LDPSL) didalam Surat Keliling ini ialah Latihan Dalam Perkhidmatan Penuh sahaja bagi:

    1. Kelulusan-kelulusan formal di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama, sarjana, Ph.D., kelulusan kepakaran, ikhtisas atau professional dan pengurusan.

    2. Penempatan, secondment (berbentuk latihan), latihan industri, kursus jangka pendek dan kursus latihan sebagaimana dikehendaki dalam Skim Perkhidmatan.

    3. Kajian pendek akademik, latihan kemaskini pengetahuan atau penempatan akademik kesemuanya di bawah cuti sabatikal (Peraturan Cuti Sabatikal Universiti Brunei Darussalam 2004 adalah dikecualikan daripada peraturan ini) bagi pegawai-pegawai kanan.

  2. Pegawai-pegawai Kerajaan termasuk kakitangan-kakitangan dalam semua Bahagian di bawah Skim LDPSL ini adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (General Orders) dan lain-lain peraturan yang dikuat-kuasakan.

  3. Bagi tujuan Skim LDPSL ini, perkataan Kerajaan dimaksudkan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  4. Skim ini dihulurkan kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Perkhidmatan Tetap dan Sebulan ke Sebulan tanpa mengenakan tempoh minima perkhidmatan.

  5. LDPSL adalah diasaskan kepada keperluan untuk menimba pengetahuan dan kemahiran bertaraf tinggi dan antarabangsa dari institusi-institusi pengajian ‘par excellence’ di dalam bidang-bidang strategik mengikut perancangan dan keperluan pembangunan melalui pegawai-pegawai yang terbaik. Bidang-bidang strategik ini tidak mengecualikan kursus-kursus yang sudah ada diajarkan di dalam Negara.

  6. Penilaian bagi pemberian Skim ini mengutamakan kepada pegawai terbaik di dalam bidang masing-masing yang mempunyai potensi tinggi dan merit untuk dapat mengikuti dan berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang bagi memenuhi objektif utama Skim iaitu peningkatan tahap kemahiran, pengetahuan dan professionalisma di dalam Perkhidmatan Awam. Dalam konteks ini, Skim tidak terikat secara langsung dan serta-merta dengan pemberian jawatan/tanggagaji yang lebih tinggi kepada pegawai yang berjaya di dalam LDPSL.
     

Nota: Kriteria-kriteria am bagi pegawai terbaik sebagai panduan sahaja adalah seperti di dalam Lampiran I.

 

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.