-
Pendahuluan
-
Kelab Perkhidmatan Awam
merupakan satu kemudahan
yang disediakan oleh
Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam kepada
semua peringkat warga
perkhidmatan awam di
negara ini.
-
Kelab Perkhidmatan Awam
terletak di Kg Mentiri,
Mukim Kota Batu,
berdekatan dengan Kelab
Golf Mentiri, dibuka
rasmi oleh Yang
Berhormat Pehin Orang
Kaya Laila Setia Bakti
Diraja Dato Laila Utama
Haji Awang Isa,
Penasihat Khas Kebawah
Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam di Jabatan
Perdana Menteri
merangkap Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri pada
Ahad 04 safar 1411/ 26
Ogos 1990.
-
Objektif Utama Kelab
Perkhidmatan Awam
-
Memupuk perasaan harmoni,
perpaduan, persefahaman
dan tali persahabatan
yang erat dikalangan
semua anggota
perkhidmatan awam Negara
Brunei Darussalam.
-
Sebagai pusat sukan dan
riadah anggota
perkhidmatan awam Negara
Brunei Darussalam.
-
Menyediakan tempat dan
kemudahan sukan dan
riadah untuk kegunaan
kelab-kelab dan
persatuan-persatuan jika
diperlukan.
-
Keahlian
-
Keahlian Kelab dibukakan
kepada semua pegawai dan
kakitangan dalam
perkhidmatan awam negara
ini.
-
Pegawai dan kakitangan
yang berminat perlulah
mengisikan Borang
Permohonan Menjadi Ahli
Kelab Perkhidmatan Awam
yang boleh didapati di
Kelab Perkhidmatan Awam
atau di Jabatan
Perkhidmatan Awam.
-
Pegawai dan kakitangan
yang menjadi ahli akan
dikenakan yuran bulanan
menurut peringkat
Bahagian jawatan masing-
masing. Pembayaran yuran
bulanan dibuat melalui
potongan gaji bulanan
ahli tersebut.
|
Kategori
pegawai dan
kakitangan |
Yuran
bulanan
|
|
Superscale C
dan ke atas |
$30.00
|
|
Kumpulan I,
II dan III |
$20.00
|
|
Bahagian II |
$15.00
|
|
Bahagian III |
$10.00
|
|
Bahagian IV
dan V/
bergaji hari |
$5.00
|
|
| |
-
Jumlah ahli kelab
sehingga April 2003
ialah seramai 779 orang
-
Kemudahan-kemudahan sukan
dan riadah
-
Kemudahan –kemudahan
sukan dan riadah yang
terdapat di Kelab
Perkhidmatan Awam
termasuk:
- Kolam renang dewasa
dan kanak-kanak
- Gelanggang Skuasy
- Gelanggang badminton
- Gelanggang tenis
- Bilik kecergasan
lelaki dan wanita
- Bilik snooker
- Bilik ping pong dan
darts
- Bilik sembahyang
- Ruang rehat ahli
ALAMAT KELAB PERKHIDMATAN AWAM:
Simpang 413, Jalan Kota Batu
Negara Brunei Darussalam
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Pengurus (D.Line):
+673-2-790683
Operations: +673-2-790799 /
2790800
|