WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > Kaunseling

KLIEN SESI KAUNSELING

  1. RUJUKAN;
    • KETUA JABATAN/KEMENTERIAN, ATAU;
    • KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM / PENGARAH BAHAGIAN DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, ATAU;
    • SETIAUSAHA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM


     

  2. SENDIRI

    BAGAIMANA MENDAPATKAN KHIDMAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING (BPK)?

    PERSENDIRIAN:
    • Menghubungi talian telefon BPK di talian 2452226 ext 318/315/316/317/335 (waktu bekerja)
    • Datang terus ke pejabat BPK di alamat Aras 3, Bangunan IPA, Jalan Kampung Rimba
       

    RUJUKAN JABATAN:

    • Menghadapkan memorandum kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Untuk Perhatian Ketua BPK


     

  3. CONTOH PETANDA-PETANDA AWAL BAGI MENGENALPASTI KAKITANGAN YANG MUNGKIN MEMERLUKAN KAUNSELING
    • akhir datang / awal balik
    • kerap keluar semasa waktu bertugas (bukan urusan resmi)
    • kerap cuti sakit
    • kerap cuti tidak bergaji
    • menyendiri
    • kerja tidak diselesaikan
    • kerap memohon pindah pejabat
    • tidak mematuhi arahan
    • sering merungut (always complaining)



       
  4. ISU KLIEN
    • prestasi dan sikap bekerja - kualiti kerja kurang memuaskan, kerja tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak mematuhi arahan ketua.
    • kedatangan dan keberadaan dalam pejabat - akhir datang dan awal balik, keluar pejabat atas urusan peribadi tanpa memaklumkan kepada ketua, tidak membuat catatan kedatangan dan keluar masok pejabat semasa waktu bekerja
    • depression/kerunsingan,
    • penyalahgunaan dadah dan alkohol,
    • tugas terjejas disebabkan kesihatan, kerap cuti sakit dan cuti tidak bergaji.
    • persekitaran kerja iaitu hubungan dengan rakan sekerja /pegawai atasan, tempat kerja yang kurang kondusif,
    • tugasan kerja iaitu tugas dan tanggongjawab jawatan kurang jelas, pembahagian kerja tidak teratur,
    • permohonan bersara awal, menamatkan perkhidmatan dan kerap kali memohon berpindah pejabat,
    • permohonan kemudahan yang tidak diberi misalan Latihan Dalam Perkhidmatan,
    • perkembangan kerjaya serta peluang memangku jawatan yang lebih tinggi,
    • masalah keluarga,
    • masalah kewangan.



       
  5. ADAKAH AWDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT YANG MENGGANGGU KEBERKESANAN DAN KELICINAN PERLAKSANAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AWDA DI PEJABAT?
    • merasa sangsi, perasaan tertekan, bingung dan mengalami estim diri yang rendah
    • menghadapi masalah keluarga atau dengan rakan-rakan
    • kewujudan ketegangan ketidakpuasan di tempat kerja
    • ketidakkeseimbangan emosi
    • kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan
    • konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus
    • perbezaan di antara keperluan peribadi dengan dasar jabatan
    • prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik
    • kebosanan kerja dan kekurangan pengerakan kerjaya
    • keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa

     

SUMBER: Leaflet Bahagian Perkhidmatan Kaunseling di sebarluas 30 September 2004 sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke 11, Tahun 2004.

 

back to top

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.