|
PERATURAN
Peraturan dalam bentuk surat
keliling, surat dan dokumen
rasmi Kerajaan yang digunapakai
sebagai rujukan ialah:
-
Surat Keliling Jabatan
Perdana Menteri bilangan
5/1999 gertarikh 13
Zulkaedah 1419/ 02 Mac 1999;
-
Tafsiran Peraturan dan
Syarat-syarat Pemberian
Kenaikan Gaji Ke Matagaji
Lanjutan Bagi Pegawai dan
Kakitangan Yang Telah
Mencapai Gaji Maksimum;
-
Garispandu Pelaksanaan
Pelanjutan Matagaji EB Khas;
-
Surat Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan
bilangan KKW/X/110 bertarikh
27 Oktober 2001;
-
Surat Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan
bilangan KKW/X/110 bertarikh
29 Oktober 2001;
-
Amalan-amalan yang sudah
digunapakai yang berkaitan
dengan EB Khas bagi yang ada
Cuti Tidak Bergaji
sepertimana yang diluluskan
oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam pada mesyuarat 15
Ramadan 1242/01 Dsiember
2001.
SYARAT ASAS (Surat Keliling
JPM 5/1999)
-
Menerima gaji kadar maksimum
pada tanggagaji masakini
minimum dalam tempoh tiga
(3) tahun; dan
-
Laporan Penilaian Prestasi
hendaklah minimum ditahap
Sangat Baik dua (2) tahun
terkini berturut-turut.
TARIKH KEBENARAN EB
KHAS
-
Pada ulangtahun lantikan
atau kenaikan pangkat bagi
Bahagian I, II dan III.
-
Pada
ulangtahun tarikh kenaikan
gaji yang terakhir bagi
pegawai-pegawai bahagian
III, IV dan V
SYARAT
-
Isteri/ suami yang
dibenarkan Cuti Khas ke luar
negeri kerana mengikut suami/
isterinya yang bertugas di
luar negeri tidak layak
diberi EB Khas kerana tidak
memenuhi syarat asas (Surat
Keliling JPM 5/1999) yang
memerlukan laporan penilaian
prestasi yang terkini dua
(2) tahun berturut-turut.
-
Pegawai-pegawai yang sudah
menerima gaji maksimum
mengikut tarikh ulangtahun (tarikh
lantikan atau kenaikan
pangkat bagi Bahagian I dan
II, atau tarikh kenaikan
gaji terakhir bagi Bahagian
III dan ke bawah) selama
tiga (3) tahun atau lebih
dan pada masa yang sama
telah Cuti Tidak Bergaji, EB
Khas dibenarkan pada tarikh
kelayakannya iaitu
seawal-awalnya pada 01
Januari 1999 atau tiga (3)
tahun selapas menerima gaji
maksimum dengan syarat
berikut:
-
Laporan Penilaian
Prestasi yang terkini
dalam dua (2) tahun
berturut-turut minimum
ditahap ‘Sangat Baik’;
dan
-
Tempoh menerima gaji
maksimum maseh minimum
tiga (3) tahun setelah
tempoh perkhidmatan
semasa menerima gaji
maksimum ekoran cuti
tidak bergaji sudah
diambilkira mengikut
Bahagian masing-masing.
-
Pegawai-pegawai yang
mengikuti kusus di bawah
Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan secara penuh
masa boleh dipertimbangkan
dengan syarat:
-
Lulus dalam peperiksaan/
Kursus yang diikutinya;
dan
-
Mempunyai Laporan yang
baik/ positif dari
Institusi Pengajiannya.
-
Pegawai yang mengikuti
kursus di bawah Skim Cuti
Belajar atau Skim Cuti tidak
Bergaji tidak layak EB Khas.
-
Ketua Jabatan adalah masih
dikehendaki menghadapkan
sokongan EB Khas
pegawai-pegawai yang telah
dinaikkan pangkat yangmana
sebelumnya layak EB Khas.
-
Gaji mutakhirnya mengikut
sukatan gaji EB Khas akan
dikemaskini sebelum
dihadapkan semula oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam ke
Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam bagi penyelarasan gaji
dalam tanggagaji naik
pangkat.
-
Pegawai-pegawai yang sudah
bersara atau sudah diproses
urusan persaraannya dan pada
masa yang sama layak
dipertimbangkan EB Khas
sebelum bersara, sokongan EB
Khasnya ke Jabatan
Perkhidmatan Awam hendaklah
diteruskan.
-
Sokongan EB Khas dan gaji
terakhir yang sudah
kemaskini akan di hadapkan
oleh bekas Ketua Jabatannya
dan juga hendaklah
menjelaskan jumlah gaji yang
kurang bayar, jika berkenaan,
setelah mendapat ketetapan
Jabatan Perkhidmatan Awam.
-
Manakala Jabatan
Perkhidmatan Awam akan
menghadapkan fail
peribadinya ke pihak
berkenaan untuk urusan
perkiraan semula gaji,
baksis dan pencennya.
-
Pegawai-pegawai yang
meninggal dunia yang layak
dipertimbangkan EB Khas,
sokongan EB Khasnya ke
Jabatan Perkhidmatan Awam
hendaklah diteruskan.
-
Bekas Ketua Jabatannya
adalah masih
bertanggungjawab
mengemaskinikan gaji
terakhirnya.
-
Bekas Ketua Jabatannya juga
dikehendaki menjelaskan
jumlah gaji yang kurang
bayar kepada waris pegawai,
jika berkenaan, setelah
mendapat ketetapan Jabatan
Perkhidmatan Awam.
-
Jabatan Perkhidmatan Awam
adalah bertanggungjawab
menghadapkan fail
peribadinya ke pihak
berkenaan untuk urusan
pengiraan baksis dan pencen
turunannya.
PIHAK YANG BERKUASA MEMBENARKAN
EB KHAS ADALAH:
-
Jabatan Perkhidmatan Awam
bagi kakitangan (termasuk
pegawa) Kerajaan dalam
Bahagian I hingga V;
-
BIA;
-
Angkatan Bersenjatan Diraja
Brunei;
-
Polis Diraja Brunei;
-
Kakitangan Ambilan Tempatan
di Pejabat Suruhanjaya/
Kedutaan Besar/ Perwakilan
Tetap Negara Brunei di luar
Negeri; dan
-
Unit Simpanan Gurka.
MATRIX EB KHAS
|
Bahagian |
Sukatan Gaji
Umum
mengikut
Surat
Keliling JPM
Bil: 14/1984 |
EB Khas
mengikut
Surat
Keliling JPM
Bil: 5/1999 |
Kenaikan
Gaji Tahunan
mengikut
Surat
Keliling JPM
Bil: 14/1984 |
|
|
|
|
|
|
I |
Superscale
Special |
$11,000 |
$11,210
|
Tidak
Diperuntukkan |
|
Superscale A |
$9,500 |
$9,710
|
|
Superscale B |
$8,000 |
$8,210
|
|
Superscale C |
$6,800 |
$7,010
|
|
Kumpulan 1 |
$5,900 |
$6,110
|
|
Kumpulan 2 |
$5,400 |
$5,610
|
|
Kumpulan 3 |
$4,750 |
$4,960
|
|
II |
B3 |
$3,880-$4,240 |
$4360 -
$4840
|
$120
|
|
B2 |
$2,270-$3,760 |
$3880 -
$4360
|
$90, $95,
$110, $120 |
|
B1 |
$1,430-$2,620 |
$2,690-$2,970
|
$70
|
|
BW2 |
$2,800-$3,100 |
$3,200-$3,600
|
$100
|
|
BW1 |
$1,880-$2,750 |
$2,850-$3,250
|
$90, $100 |
|
III |
C5 |
$2,690-$2,970 |
$3,040-$3,320
|
$70
|
|
C4 |
$2,340-$2,620 |
$2690 -
$2970
|
|
C3 |
$1,990-$2,270 |
$2340 -
$2620
|
|
C2 |
$1,450-$1,930 |
$1990 -
$2230
|
$60
|
|
C1 |
$1,280-$1,400 |
$1460 -
$1700
|
|
IV |
D6 |
$1,665-$1,785 |
$1825 -
$1985
|
$40
|
|
D5 |
$1,505-$1,625 |
$1665 -
$1825
|
|
D4 |
$1,225-$1,465 |
$1505 -
$1665
|
|
D3 |
$900-$1,125 |
$1170 -
$1350
|
$45
|
|
D2 |
$650-$820 |
$850 - $970
|
$25, $30 |
|
D1 |
$530-$630 |
$650 - $730
|
$20
|
|
V |
E4 |
$775-$875 |
$895 - $975
|
$20 |
|
E3 |
$660-$760 |
$780 - $860
|
$20 |
|
E2 |
$590-$645 |
$665 - $745
|
$15, $20 |
|
E1 |
$515-$570 |
$590 - $670
|
|
F2 |
$495-$525 |
$535 - $575
|
$10
|
|
| |
|
MUAT TURUN
|
|