|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Cuti
>
Kandungan |
|
KEADAAN YANG MENGECUALIKAN
KELAYAKAN CUTI |
Warga perkhidmatan awam dalam
kategori berikut tidak layak
menerima cuti tahunan menurut
jumlah cuti diambil.
- Cuti Tidak Bergaji
[Contoh: 10 hari cuti tidak
bergaji mulai 01 April 2003,
tidak ada l kelayakan cuti
bagi 10 hari kerana tidak
dalam perkhidmatan,
pengumpulan cuti tahunan 36
bulan perkhidmatan berganjak
10 hari]
- Latihan Dalam
Perkhidmatan
[Contoh: 10 bulan latihan
dalam perkhidmatan mulai 01
Februari 2003, tidak ada
kelayakan cuti bagi 10 hulan
kerana tidak dalam
perkhidmatan, pengumpulan
cuti tahunan 36 bulan
perkhidmatan berganjak 10
bulan]
- Cuti Khas Menunaikan
Fardhu Haji
[Contoh: 34 hari cuti khas
menunaikan fardhu haji mulai
27 Januari 2003, tidak ada
kelayakan cuti bagi 34 hari
kerana tidak dalam
perkhidmatan, pengumpulan
cuti tahunan 36 bulan
perkhidmatan berganjak 34
hari]
- Cuti khas menemani
suami/isteri bertugas di
luar negeri
[Contoh: 24 bulan cuti khas
menemani suami/isteri
bertugas di luar negeri
mulai 01 Februari 2000,
tidak ada kelayakan cuti
bagi 24 bulan kerana tidak
dalam perkhidmatan,
pengumpulan cuti tahunan 36
bulan perkhidmatan berganjak
24 bulan]
- Pegawai yang
dikenakan tindakan
tatatertib
Pegawai yang dikenakan
tindakan tatatertib iaitu
Peraturan 50 (b) daripada
Peraturan-Peraturan
Pegawai-Pegawai (Kelakuan
dan Tatatertib) Akta
Suruhaniaya Perkhidmatan
Awam Penggal 83
Contoh: 11 bulan ditahan
danpada menjalankan
kuasa-kuasa dan
kewajipan-kewajipan
jawatannya mulai 01 Februari
2003. tidak ada kelayakan
cuti tahunan bagi 11 bulan
kerana tidak dalam
perkhidmatan, pengumpulan
cuti 36 bulan perkhidmatan
berganjak 11 bulan]
- Pegawai wanita kahwin
yang cuti bersalin
[Contoh: Pegawai wanita,
yang berkahwin, bercuti
bersalin selama 56 hari
mulai 01 Februari 2000,
tidak ada kelayakan cuti
bagi 56 hari kerana tidak
dalam perkhidmatan,
pengumpulan cuti tahunan 36
bulan perkhidmatan berganjak
56 hari]
|
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|