WWW Laman Web Rasmi JPA    Google

 




 

Laman Utama > Cuti > Kandungan

KELAYAKAN CUTI

  1. Cuti Tahunan
     
    • Cuti tahunan diperuntukkan kepada semua warga perkhidmatan awam dalam jawatan tetap, sebulan ke sebulan dan open-vote yang sudah berkhidmat minimum 12 bulan.
       
    • Kadar cuti tahunan adalah menurut hari-hari kalender (calender days) bagi setiap 12 bulan perkhidmatan.

Bahagian I dan II

Usia Jumlah Hari
Di bawah 40 tahun 48
40 tahun dan ke atas 60
 

Bahagian III, IV dan V

Perkhidmatan (tahun) Usia (tahun) III IV V
Di bawah 15 Di bawah 40 28 26 24
Di bawah 15  40 dan ke atas 32 29 26
15 dan ke atas Di bawah 40 34 30 27
15 dan ke atas 40 dan ke atas 38  33 29
 
  • Cuti tahunan boleh dikumpulkan maksimum 36 bulan (3 tahun) perkhidmatan. Jumlah cuti tahunan yang dikumpulkan yang boleh dibawa ke pengumpulan cuti seterusnya adalah menurut kadar maksimum 36 bulan perkhidmatan.

    Jadual mengikut Bahagian masing-¬masing adalah seperti berikut:

Jumlah Hari Maksimum 36 Bulan Perkhidmatan mengikut Bhg. I & II

Usia Jumlah Hari
Di bawah 40 tahun 102
40 tahun dan ke atas 138
 

Jumlah Hari Maksimum 36 Bulan Perkhidmatan mengikut Bahagian III, IV dan V

Perkhidmatan (tahun) Usia (tahun) III IV V
Di bawah 15 Di bawah 40 48 78 72
Di bawah 15  40 dan ke atas 54 87 78
15 dan ke atas Di bawah 40 60 90 81
15 dan ke atas 40 dan ke atas 72 99 87
 
  • Jumlah cuti tahunan yang diambil dalam tempoh 36 bulan boleh melebihi jumlah kelayakan cuti maksimum 36 bulan perkhidmatan yang dikumpulkan.

[Contoh Pegawai Bahagian I, usia 45 tahun, boleh bercuti 160 hari dalam tempoh 36 bulan pengumpulan cuti, iaitu melebihi 138 hari]

Baki cuti hingga 31 Mei 1987

=

90 hari

 

01 Jun 1987 hingga 31 Mei 1988

=

60 hari

 

01 Jun 1988 hingga 31 Mei 1989

=

60 hari

 

01 Jun 1989 hingga 31 Mei 1990

60 hari

 

Jumlah

=

270 hari

 

 

 

 

cuti tahunan secara berperingkat-peringkat antara 01 Jun 1987 hingga 31 Mei 1990

=

160 hari

 

Cuti tidak berhak (160 x 60) / 365

=

26 hari

 

Jumlah cuti

=

186 hari

 

 

 
  • Kadar cuti tahunan menurut setiap 12 bulan perkhidmatan boleh juga diambil kira menurut jumlah bulan dan/atau hari perkhidmatan. Bagaimanapun pengiraan menurut bulan atau hari tidak boleh melebihi jumlah maksimum setiap bulan.

[Contoh. Pegawai Bahagian II berusia 34 tahun kelayakan 48 hari setiap 12 bulan perkhidmatan boleh diambil kira 4 hari setiap satu bulan perkhidmatan) [pengiraan antara 06 Mei 2003 - 12 Julai 2003)

06 Mei 2003 hingga 31 Mei 2003 [((26 x 4) / 31) = 3.3]

=

3 hari

01 Jun 2003 hingga 30 Jun 2003 [(1 x 48) / 12]

=

4 hari

01 Julai 2003 hingga 12 Julai 2003 [((12 x  4) / 31) = 1.5]

=

1 hari

 

 
  • Tidak ada cuti tahunan bagi tenaga pengajar, kecuali jika diperbantukan ke Ibu pejabat atau tidak lagi menjadi tenaga pengajar. Kelayakan cuti tahunan setelah 12 bulan diperbantukan atau tidak lagi menjadi tenaga pengajar. Bagaimanapun pegawai berkenaan bolehlah bercuti dalam tempoh 12 bulan pertama berkenaan tetapi tidak boleh melebihi kelayakan setahun perkhidmatan.

     
  1. Cuti Mandatori
     
    • Cuti mandatori selama 14 hari setiap 12 bulan perkhidmatan diperuntukkan kepada warga perkhidmatan awam dalam Bahagian Ill dan ke atas yang sudah berkhidmat minimum 12 bulan.
       
    • Cuti mandatori pertama bermula selepas 12 bulan perkhidmatan dan cuti ini boleh diambil secara berterusan dalam tempoh 6 bulan mulai tarikh kelayakan iaitu selepas ulang tahun perkhidmatan pertama. Bagi yang naik pangkat ke Bahagian III dan ke atas, kelayakan cuti mandatori bermula setahun selepas tarikh naik pangkat.

      [Contoh: Kerani Tingkatan III dilantik pada 12 Februari 1988. dinaikkan pangkat sebagai Kerani Tingkatan 11 mulai 01 Jun 2000. cuti mandatori pertama boleh diambil antara 01 Jun 2001 hingga 30 November 2001)
       
    • Cuti yang tidak diambil dikira luput.

      [Nota: Cuti tahunan yang sudah diambil boleh diambil kira sebagai cuti mandatori dengan syarat cuti berkenaan diambil dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kelayakan.]
       
    • Pegawai-pegawai tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan cuti tahunan dibawah Surat Keliling JPM Bilangan 17/1992 diberi kelonggaran untuk mengambil cuti mandatory secara tidak berterusan dalam jangka satu tahun (Rujukan Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan bilangan JPA/R/JTG/JPM/7/23 bertarikh 2 Rabiulakhir 1415 bersamaan 8 September 1994).

       
  2. Cuti Pendahuluan
     
    • Khusus bagi menemani pesakit yang menjalani rawatan kesihatan di luar negeri atas biayaan Kerajaan bagi pegawai yang:
      • ada peruntukan cuti tahunan tetapi belum berkhidmat 12 bulan;
      • tidak ada baki cuti tahunan.
         
    • Jumlah maksimum cuti sama seperti kadar cuti tahunan bagi 12 bulan perkhidmatan.

     

Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above.