|
|
|
 |
|
|
 |
|
Laman Utama
>
Berkesan |
|
Kewangan |
-
Yuran
-
Kadar yuran pendaftaran
dan yuran bulanan bagi
Ahli Biasa dan Ahli
Kehormat adalah seperti
berikut:-
|
Bahagian |
Yuran
Pendaftaran |
Yuran
Bulanan |
|
I |
$20.00 |
$3.00 |
|
II |
$15.00 |
$3.00 |
|
III |
$10.00 |
$2.00 |
|
IV |
$5.00 |
$1.00 |
|
V |
$3.00 |
$1.00 |
|
| |
Ahli Kehormat
- Hanya dikenakan
yuran pendaftaran
sebanyak $5.00 seorang;
- Setiap pembayaran
mestilah ditujukan
kepada Bendahari
Kehormat;
- Pembayaran yuran
bulanan mestilah secara
bulanan atau secara
pendahuluan; dan
- Tiap-tiap pembayaran
mestilah mempunyai resit
penerimaan daripada
Bendahari.
-
Punca Pendapatan Lain
-
Segala kutipan yang
berupa kewangan dan
kebendaan yang diberikan
oleh orang-orang
perseorangan atau
pertubuhan mestilah
mengikut
peraturan-peraturan dan
undang-undang Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang
berkuatkuasa pada masa
ini.
-
Tabung Badan
-
Semua wang Badan akan
disimpan di dalam Bank
yang digelar `TABUNG
BERKESAN';
- Segala pembayaran
kepada dan untuk Badan
akan dimasukkan ke dalam
tabung Badan; dan
- Bendahari Kehormat
adalah bertanggongjawab
untuk menjaga dan
mengawasi keadaan
kewangan Badan ini dan
pembukaan akaun semasa
akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Tertinggi.
- Perbelanjaan dan
Penerimaan
- Segala perbelanjaan
Badan hendaklah
disertakan dengan
keterangan¬keterangan
yang Iengkap atau
dokumen yang disimpan
oleh Bendahari Kehormat
dan dicatatkan di dalam
buku kira-kira;
- Resit-resit rasmi
yang ditandatangani oleh
Bendahari Kehormat
mestilah dikeluarkan
bagi semua penerimaan
wang/hartabenda;
- Segala hartabenda
dan kewangan yang
diamanahkan kepada Badan
adalah dikuasai dan
ditadbir oleh
Jawatankuasa Tertinggi;
- Wang Badan hanyalah
boleh dikeluarkan untuk
perbelanjaan setelah
mendapat persetujuan
dari Yang Dipertua atau
sesiapa yang menjalankan
tugasnya;
- Segala wang Badan
yang dikeluarkan dari
bank hendaklah
menggunakan cek yang
ditandatangani oleh 2
orang daripada ahli yang
terdiri daripada Yang
Dipertua, Setiausaha
Agung dan Bendahari
Kehormat; dan
- Seberapa yang boleh
semua cek yang
dikeluarkan mestilah
merupakan `CROSSED
CHEQUE'. Hanya bagi
kes-kes yang tertentu
sahaja baharulah `Cashed
Cheque' dapat
dikeluarkan.
- Pemeriksa Kira-Kira
- Mengesahkan laporan
penyata kira-kira Badan
yang disediakan oleh
Bendahari Kehormat; dan
- Berkuasa untuk
memeriksa hal ehwal
kewangan dan hartabenda
Badan bila-bila masa.
- Derma Kilat Kebajikan
- Derma Kilat hanya
dikeluarkan bagi
perkara-perkara berikut:
- Perkahwinan ahli
biasa
- Kesusahan Ahli
Biasa dan keluarga
mereka
- Menunaikan fadhu
haji bagi ahli biasa
- Bersara,
berhenti atau
bertukar kerja bagi
ahli biasa
- Derma yang tersebut
di atas akan dikutip
secara derma kilat
daripada Ahli-¬Ahli
Biasa Badan. Kadarnya
adalah mengikut
keikhlasan ahli itu
sendiri; dan
- Pengutipan bagi
derma ini mestilah
terlebih dahulu mendapat
kebenaran dari Yang
Dipertua
- Perkara AM
- Badan ini akan
mempunyai seorang
Penasihat dan Penaung.
Ahli-Ahli akan memilih
mereka di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan;
dan
- Pindaan keatas
Perlembagaan ini
hendaklah diluluskan
dalam Mesyuarat Agung
yang dihadiri tidak
kurang dari 2/3 daripada
ahli-ahli yang hadir dan
hendaklah mendapat
kebenaran dari
Pendaftaran
Persekutuan¬Persekutuan
Negara Brunei
Darussalam.
- Pembubaran
- Badan ini boleh
dibubarkan dengan
persetujuan ¾ daripada
bilangan Ahli Biasa
dalam satu pengundian;
dan
- Segala hutang
piutang Badan ini
hendaklah diselesaikan
terlebih dahulu.
- Pengambungan
Dengan dipersetujui dari
3/5 daripada Ahli-Ahli Biasa,
Badan ini boleh bergabung
dengan mana-mana Badan atau
Persatuan dalam negara jika
tidak bertentangan dengan
Perlembagaan Badan, tetapi
tidak boleh berbuat demikian
dengan mana-mana Badan atau
Persatuan diluar negeri
tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Pendaftar
Persekutuan-Persekutuan
Negara Brunei Darussalam.
|
|
 |
|
|
|
 |
|
Copyright © Jabatan Perkhidmatan Awam, Brunei Darussalam. All rights reserved.
Best view with Internet Explorer 7 or above. |
|