Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksUnit Jawatan Utama Perkhidmatan Awam

Unit Pengurusan Strategik (UPS) adalah satu unit yang ditubuhkan khas di bawah Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2012 bagi menggantikan Kumpulan Pemikir Strategik (KPS) dan menaik taraf KPS kepada sebuah unit khas yang dinamakan sebagai Unit Pengurusan Strategik (UPS) yang mana mendokong Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam menangani masalah-masalah strategik dan perlaksanaan projek yang berkaitan dengannya secara berterusan.

PERANAN UNIT PENGURUSAN STRATEGIK:

  • Untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perkhidmatan Awam memainkan peranan penting di bawah Strategi Pembangunan Institusi yang akan dapat meningkatkan kualiti pentadbiran, urustadbir dan kepimpinan di sektor awam dan swasta. Ia juga berhasrat untuk menjadikan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, dengan rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, serta prosedur kerajaan yang efisien dengan biokrasi yang minimum.
  • Unit Pengurusan Strategik (UPS) mempunyai peranan dalam memastikan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai agensi utama yang bertanggungjawab dalam mengurus, membangun dan merancang hal ehwal yang berkaitan dengan sumber manusia selaras dengan Wawasan Brunei 2035. 
  • Peranan UPS ini adalah berkaitan dengan teras strategik Jabatan iaitu: 
    • Pemimpin yang Bersedia untuk Masa Hadapan
    • Organisasi yang Kompeten
    • Penglibatan Pihak Berkepentingan
    • Penggunaan Teknologi
    • Budaya Berprestasi Tinggi

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

PRIMARY ROLE

  1. Penyediaan opsyen-opsyen strategik bagi pertimbangan Ketua Pengarah;
  2. Penghasilan laporan-laporan strategik berkenaan pencapaian kemajuan dan isu-isu atau cabaran untuk dibawa ke mesyuarat strategik dan disahkan oleh Ketua Pengarah atau disahkan secara kolektif oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah;
  3. Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan wawasan Perkhidmatan Awam dan perubahan Sumber Manusia sebagai kajian awal bagi bahagian-bahagian berkenaan; 
  4. Menyelaras, memangkin serta mewujudkan pelan strategik Jabatan Perkhidmatan Awam serta mencadangkan KPI-KPI atau bidang strategik yang boleh mengukuhkan lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab setiap bahagian;
  5. Sebagai Pegawai Fokal jabatan bagi hal ehwal ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM);
  6. Sebagai Urus Setia dalam penyediaan Kertas Konsep Hari Perkhidmatan Awam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Hari Perkhidmatan Awam.
SECONDARY ROLE
  1. Menyelaras, menyediakan serta membuat susulan terhadap input – input bagi Mesyuarat Ketua – Ketua Jabatan (HOD) bagi Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri, Mesyuarat Strategik dan Pengurusan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.
  2. Sebagai penyelaras bagi inisiatif – inisiatif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah Rangka Kerja Perkhidmatan Awam dengan memastikan pemantauan serta pelaksanaannya dijalankan. 
  3. Membuat pemantauan terhadap prestasi bahagian – bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam berdasarkan kepada pelan strategik JPA melalui Petunjuk Prestasi Utama.
  4. Mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai dengan pencapaian – pencapaian kerja serta perancangan-perancangan bagi setiap bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.
  5. Memantau Usaha-Usaha Penambahbaikan dan Pembaharuan Jabatan yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.