Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPanduan dan Rujukan

​​Panduan dan Rujukan   |   GEMS Updates


Senarai Rangkaian Pengurusan Perubahan GEMS - Terkini April 2020


Pengguna Self-Service

Pengguna Self-Service adalah Pegawai-pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam yang diberikan peranan Self-Service didalam GEMS. Semua Pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam adalah secara otomatik diberikan peranan Self-Service didalam GEMS.


Sebagai langkah awal sebelum menggunakan GEMS, adalah tanggungjawab Bahagian Pentadbiran di mana Pegawai / Kakitangan itu berkhidmat untuk memastikan Job Data Pegawai / Kakitangan tersebut telahpun di masukkan. Dalam pada masa yang sama, borang User Profile Request Form hendaklah dihadapkan ke GEMS Helpdesk bagi penetapan peranan-peranan Pegawai / Kakitangan tersebut dalam menggunakan GEMS. Sejurus selepas itu, Pegawai / Kakitangan tersebut akan diberikan ID Pengguna (User ID) dan Kata Laluan (Password) untuk mengakses GEMS.


Sebagai pengguna Self-Service, sistem ini akan membolehkan:

  • permohonan dibuat secara online (seperti permohonan cuti dan permohonan kerja)
  • penelitian dan pengemaskinian maklumat peribadi
  • kebenaran permohonan kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan bawahan
  • sokongan dibuat secara online untuk Pegawai-pegawai dan Kakitangan bawahan
  • pengesanan dan penyemakkan status permohonan atau sokongan

Pengguna akan dapat melihat bahawa transaksi secara online akan mengambil masa yang lebih pendek berbanding dengan transaksi manual biasa.


Pengguna HR

Pengguna HR adalah Pegawai-pegawai dan Kakitangan yang diberikan peranan HR (Staf Pentadbiran Sumber Manusia) didalam GEMS. Sebagai Staf Pentadbiran Sumber Manusia, GEMS akan mengurangkan kerja manual dengan mengotomasi pelbagai proses. Aliran kerja kemudiannya akan diarahkan melalui sistem dan bukannya secara fizikal dipindahkan dari satu jabatan ke jabatan yang lain melalui persuratan yang biasanya dilakukan.


Role-Mapping (Penentuan Peranan)

Role-Mapping (Penentuan Peranan) adalah sangat penting bagi Pegawai-pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam yang ingin menggunakan sistem GEMS. Semua warga Perkhidmatan Awam mempunyai peranan yang berbeza dijabatan masing-masing dan seorang Pegawai atau Kakitangan boleh mempunyai lebih dari satu peranan. Peranan-peranan ini adalah ditentukan oleh tugas dan jawatan Pegawai dan Kakitangan tersebut.


Reporting To (Melapor Kepada)

Reporting To (Melapor Kepada) bermaksud satu jawatan melapor kepada satu jawatan yang lebih kanan dalam Jabatan / Bahagian / yang sama atau pun di Jabatan / Bahagian / Unit yang lain atas keperluan atau oleh sebab lantikan memangku / penempatan / peminjaman.


 

KEPENTINGAN

Role-Mapping (Penentuan Peranan)

Untuk menggunakan GEMS Pengguna mestilah memastikan yang Role Mapping template adalah betul dan kemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan sistem GEMS berjalan dengan lancar. Jika peranan yang diberikan kepada Pegawai dan Kakitangan tidak betul, perkara dibawah mungkin akan berlaku.

  • Pegawai dan Kakitangan tidak dapat melakukan tugasannya didalam GEMS dengan berkesan.
  • Notifikasi emel akan secara otomatik terhantar kepada orang yang tidak sepatutnya menerima.
  • Pegawai membenarkan tidak dapat meluluskan apa-apa permohonan.


Reporting To (Melapor Kepada)

Untuk menggunakan GEMS, Pengguna mestilah memastikan Reporting To template adalah betul bagi memastikan sistem GEMS dapat berjalan dengan lancar. Jika peranan diberikan kepada Pegawai dan Kakitangan yang salah perkara dibawah mungkin akan berlaku.

  • Pegawai Penilai tidak dapat membuat Penilaian Prestasi Pegawai dan Kakitangan bawahan
  • Pegawai membenarkan tidak boleh meluluskan atau membuat apa-apa sokongan bagi permohonan-permohonan Pegawai dan Kakitangan bawahan.


MANUAL APLIKASI GEMS

  • Akses


KETERANGAN


BORANG-BORANG


PEMBERIGAAN
Poster-Poster GEMS


K2 - Cara Memohon Cuti Tanpa Keluar Negeri

K3 - Cara Memohon Cuti dan Keluar Negeri

K4 - Cara Memohon Kebenaran Keluar Negeri

K5 - Pengurangan Langkah Permohonan Cuti


 


K7 - Penilaian Prestasi

K11 - Tips Permohonan Cuti dan Kebenaran Keluar Negeri

K12 - Penentuan Peranan (Role Mapping)

K10 – Pengemaskinian RPG




K11 - Manual Aplikasi GEMS

K12 - Kata Laluan GEMS

K13 - Penilaian Prestasi GEMS
Perkhidmatan Internet GEMS.jpg
K14 - Perkhidmatan Internet GEMS



K16 - Whatsapp GEMS


K17 - iGEMS Poster


K18 - Lupa Kata Laluan Awda


K19 - CTG


SURAT PEMBERITAHUAN JABATAN PERDANA MENTERI


SURAT PEMBERITAHUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM