Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Links50 Facts (Fact 21-30)

21



Fact #21

Jumlah keramaian pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah 255 orang  (setakat 29 April 2021)

---

Currently, there are 255 officers and staff under the Public Service Department (as of 29 April 2021).


#JPA50 #50FactsFor50Years

​22


Fact #22

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berpindah ke Jalan Kumbang Pasang pada 2 Januari 2020.

---

The Public Service Department is currently located at Jalan Kumbang Pasang, since 2 January 2020.

 

Alamat / Address:

Jabatan Perkhidmatan Awam

Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang

BA1311 Bandar Seri Begawan

Negara Brunei Darussalam

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​23


Fact #23

Sebelum berpindah ke premis masa kini di Jalan Kumbang Pasang, Jabatan Perkhidmatan Awam ditempatkan di bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, manakala Bahagian Penyelidikan dan Perancangan ditempatkan di bangunan di Jalan Kumbang Pasang dan Bahagian Perkhidmatan Kaunseling ditempatkan di Bangunan Bahirah (Jabatan Audit) dan juga di bangunan Institut Perkhidmatan Awam sebelum itu.

---

Just before the current premise at Jalan Kumbang Pasang, the Public Service Department was primarily located at the Public Service Commission building, with its Research and Planning Division already in the Jalan Kumbang Pasang building and the Counselling Services Division at the Bahirah Building (Audit Department) and also at the Civil Service Institute building prior to that.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​24


Fact #24

Pejabat asal Jabatan Perkhidmatan Awam (ketika itu dikenali sebagai Pejabat Perjawatan) bertempat di bangunan Pejabat Setia Usaha Kerajaan Brunei, Jalan Elizabeth, Bandar Seri Begawan.

---

The office of the Public Service Department (when it was the Department of Establishment) was initially located at the State Secretariat building, Jalan Elizabeth, Bandar Seri Begawan.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​25


Fact #25

Pada ketika ini, terdapat 6 Bahagian utama di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  • Bahagian Perkhidmatan Kaunseling
  • Bahagian Perkhidmatan Personel
  • Bahagian Pembangunan & Pengurusan
  • Bahagian Keanggotaan & Pentadbiran Latihan
  • Bahagian Penyelidikan & Perancangan
  • Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat

---

There are currently 6 main Divisions under the Public Service Department:

  • Counseling Services Section
  • Personnel Service Section
  • Development & Management Section
  • Staffing & Training Administration Section
  • Research & Planning Section
  • Information Technology Management Section

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​26


Fact #26

Program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) mula diperkenalkan pada 19 November 2016. CSLP diwujudkan bagi mendokong hasrat Wawasan Brunei 2035 melalui Strategi Pembangunan Institusi (Institutional Development Strategy) di bawah Rangka Kerja Perkhidmatan Awam (Civil Service Framework).

Tujuan CSLP adalah untuk menyediakan Leadership Pool dari kalangan pegawai-pegawai Bahagian II ke atas bagi membantu Perancangan Strategik Sumber Manusia dalam Perkhidmatan Awam. Ini termasuk:

  • Mengenal pasti, membangun dan melahirkan pegawai-pegawai yang berpotensi untuk menjadi pemimpin dalam tempoh 10½ tahun berasaskan kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju (KPLL).
  • Memudahcara rancangan penggantian (succession planning) dan pengisian jawatan-jawatan strategik secara berterusan dan sistematik di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): http://www.jpa.gov.bn

---

The Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) program was introduced on 19 November 2016.

It is aimed at supporting Wawasan Brunei 2035 through the Institutional Development Strategy under the Civil Service Framework, by creating a Leadership Pool among officers from Division II and above to aid Strategic Workforce Planning in the civil service. This includes:

  • Identifying, grooming and developing high-potential officers into leaders within 10½ years, based on the Fast-Track Promotion Scheme (KPLL).
  • Facilitating succession planning and continuous and systematic filling of strategic positions in Ministries and Departments.

 

For more information, please visit the Public Service Department's (PSD's) website: http://www.jpa.gov.bn

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​27


Fact #27

Pada tahun 2017, sistem pengurusan prestasi baru perkhidmatan awam melalui pembaharuan bagi mempertingkatkan lagi budaya berasaskan prestasi (performance-based culture) dalam Perkhidmatan Awam. Pengemaskinian ini mengambilkira perkembangan serta keperluan untuk sentiasa menambahbaik sistem pengurusan prestasi yang dipraktikkan dalam Perkhidmatan Awam. 

Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 3/2019.

---

In 2017, a new performance management system was introduced to further strengthen a performance-based culture within the civil service. This update takes into account ongoing developments and the need for continuous improvement in managing performance.

 

For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 3/2019.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​28

Fact #28

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perkembangan dan kemajuan Pegawai-Pegawai Pentadbir di bawah Skim Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS) manakala pengambilan diuruskan bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Skim Perkhidmatan Pentadbiran Brunei adalah merupakan salah satu skim perkhidmatan yang tertua sejak awal sistem pentadbiran Residen British dalam perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam.

Pegawai-Pegawai yang dilantik ke dalam Skim BAS ini dikenali sebagai Pegawai Pentadbir. Skim ini mula diperkenalkan semasa zaman pentadbiran Residen British untuk membolehkan Kerajaan pada masa itu untuk mengambil anak atau penduduk tempatan bagi membantu dalam memastikan adat tempatan terpelihara dan isu-isu tempatan dapat ditangani tanpa menyebabkan sebarang persalahfahaman diantara pentabiran dan rakyat. Mengikut laporan-laporan tahunan Brunei 1907 hingga 1920, Pegawai-Pegawai Pentadbir juga dilatih sebagai majistret untuk menjalankan pentadbiran di daerah dan menangani kes-kes mahkamah yang kecil.

Setakat Mei 2021, terdapat seramai 114 pegawai perkhidmatan awam dibawah Skim BAS, yang mana terdiri daripada 75 Pegawai Pentadbir lelaki dan 39 Pegawai Pentadbir wanita.

 

---

The Public Service Department (PSD) is responsible for managing the development and progress of Administrative Officers under the Brunei Administrative Services (BAS). The Public Service Commission (SPA) jointly conducts their recruitment.

BAS is is one of the oldest schemes of service in the civil service, existing since the beginning of the British Resident Administration system in Brunei Darussalam. It was first introduced to ensure educated locals are appointed as civil servants to help in safeguarding the customs of Brunei Darussalam and address any issues related between the Government and the People of Brunei Darussalam.

According to reports published from 1907 to 1920, Administrative Officers were also trained as magistrates to govern local districts and are responsible in handling minor court cases.

As of May 2021, there are a total of 114 Administrative Officers, whereby 75 are male and 39 female.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​29


Fact #29

Penglibatan jumlah wanita dalam perkhidmatan awam pun sudah meningkatkan sejak 1984. Kini, pegawai dan kakitangan wanita telahpun dilantik di semua peringkat. Peningkatan jumlah wanita dalam Skim Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS) juga telah meningkat lebih 2 kali ganda dari 16 orang pada tahun 2012 ke 39 orang setakat Mei 2021.

Kaedah jawatan-jawatan yang dijawat oleh wanita telahpun dikemaskinikan untuk membuka lebih banyak peluang yang adil bagi wanita dan cuti beranak telahpun ditambah daripada 56 hari kepada 105 hari.

Peraturan lama dibawah Bab 30, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal 83 yang pada dahulunya menyatakan pegawai dan kakitangan wanita (dalam Perkhidmatan Tetap) boleh dikehendaki berhenti bekerja selepas berkahwin, tetapi boleh diambil berkhidmat semula secara Sebulan Ke Sebulan (SKS) telah ditiadakan.

Mulai 13 Disember 2018, perkhidmatan SKS ditiadakan bagi pegawai dan kakitangan perempuan yang berkahwin dan dimasukkan ke dalam Perkhidmatan Tetap di bawah Skim TAP dan SCP.

Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 2/2009.

---

Women's participation in the civil service has increased since 1984. Currently, women have appointed across all levels of positions. The number of women under the Brunei Administrative Service Scheme has also more than doubled from 2012 (16 women) to May 2021 (39 women).

The terms of appointment for women has been revised create more equal opportunities. Maternity leave has also been extended from 56 days to 105 days.

The old regulation under the Chap 30, Public Service Commission Act (Chapter 83 of the Brunei Laws) stating that female officers and staff (with Permanent Positions) may be required to end their service after marriage, but may be re-employed on a Month-to-Month basis, was revoked.

Since 13 December 2018, such service on a Month-to-Month basis for married female employees is no longer applicable and have since been placed under the TAP and SCP Scheme.

For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 2/2009.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​30


Fact #30

Skim anugerah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah merupakan sebahagian daripada kemudahan-kemudahan Perkhidmatan yang dihulurkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada warga Perkhidmatan Awam dalam bentuk program asuhan dan bimbingan bagi meningkatkan kapasiti, keupayaan dan kompetensi warganya agar dapat menyumbang kearah pengukuhan Perkhidmatan Awam yang lebih cemerlang serta bangsa dan negara yang maju dan sejahtera.

Skim ini dibukakan kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Perkhidmatan Tetap dan berkhidmat dengan Kerajaan tidak kurang dari 2 tahun perkhidmatan yang memenuhi Syarat-Syarat penganugerahan yang berkuatkuasa.

Kemudahan juga telah dibukakan untuk mengikuti kursus separuh masa (part time) untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memenuhi keperluan dan perancangan strategik Kementerian dan Jabatan.

Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 6/2017 dan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 7/2021.

---

The In-Service Training Scheme managed by the Public Service Department (PSD) is among the benefits offered by the Government of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to Civil Servants, in the form of a developmental program to build capacity, capabilities and competencies towards Civil Service enhancement and excellence, and a developed, peaceful nation.

This Scheme is open to Government officers and staff who are citizens of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam with Permanent Positions (Perkhidmatan Tetap) and have worked with the Government no less than 2 years and have met the requisite terms and conditions that are in force at the time.

Civil servants may now also undertake part-time study to encourage continuous learning and capacity-building in order to support their Ministries' and/or Departments' strategic plans.

For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 6/2017 and the Prime Minister's Office Circular No: 7/2021.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years