Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Links50 Facts (Fact 11-20)


​11



​Fact #11

Perjanjian Brunei-British 1971 telah memberikan Brunei kuasa mutlak untuk menjalankan pentadbiran dalam negara, sementara Kerajaan British hanya bertanggungjawab untuk pentadbiran luar negara.

---

1971: The 1971 Brunei-Great Britain Agreement gave Brunei the absolute authority to carry out the administration of the country, while the British Government was only responsible for its external administration.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​12


​Fact #12

Dalam pemerintahan Melayu Islam Beraja (MIB), titah KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merupakan dasar dan rujukan utama dalam pentadbiran negara, selaras dengan kuasa eksekutif penuh Baginda sebagai Pemimpin Negara Brunei Darussalam. Titah KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang diucapkan di majlis-majlis rasmi diambil tindakan susulan dalam pentadbiran awam. Surat-surat keliling yang menyediakan maklumat yang lebih terperinci dan garis panduan mengenai Titah akan dikeluarkan dengan perkenan KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Jabatan Perkhidmatan Awam menyumbang kepada perangkaan dan penilaian sebahagian surat-surat keliling berkaitan warga perkhidmatan awam.

---

In a Malay Islamic Monarchy (MIB), His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan's Titah (royal address) represents policy and the main reference point in the administration of the country, in line with the His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan's role the Head of State, with full executive authority. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan's Titah issued at official occasions are taken action by the public administration. Circulars that provide more information and detailed guidelines of Titah would be issued upon His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan's consent.

The Public Service Department plays a supporting role to the Prime Minister's Office in the development and review of a portion of circulars for the public administration.

#JPA50 #50FactsFor50Years

​13


Fact #13

"Tidak dapat disangkal lagi, Perkhidmatan Awam adalah merupakan jentera penggerak Kerajaan dalam membangun negara bagi kesejahteraan rakyat. 

Ia, bukan sahaja untuk masa ini, malahan juga untuk kepentingan jangka panjang. 

Perkhidmatan Awam berperanan menanai tanggungjawab besar untuk masyarakat.  Ia perlu mempunyai usaha atau inisiatif bagi kemanfaatan masyarakat secara langsung."

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-26 pada hari Selasa, 15hb Rabiulawal 1441 bersamaan 12hb November 2019.

 

---

"Undeniably, the Civil Service is the Government's main driving force in developing the nation for the wellbeing of the people. 

It is not only for the present moment, but also for the long term. 

The Civil Service plays an important role in society. They must possess the effort or drive, for the benefit of society."

Excerpt from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's Titah (Royal Address) in conjunction with the 26th Civil Service Day celebration on Tuesday, 15 Rabiulawal 1441 / 12 November 2019.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​14


Fact #14

Visi Jabatan Perkhidmatan Awam adalah "Transformasi Perkhidmatan Awam Ke Arah Negara Brunei Darussalam yang Maju".

---

The Public Service Department's vision is: "A Transformed Civil Service For A Developed Brunei Darussalam."

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​15


Facts #15

Bagi mencapai visinya, misi Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:

1.  Untuk meningkatkan Program Pembangunan Keupayaan yang Komprehensif di kalangan Warga Perkhidmatan Awam

2. Untuk mengembangmajukan dan menyebarluaskan Penggunaan Teknologi dan Inovasi dalam Pemberian Perkhidmatan

3. Untuk menambahbaik dan meningkatkan Proses Kerja dan Sistem Penyampaian Perkhidmatan dalam organisasi

4. Untuk menyebarluaskan dan memastikan Urus Tadbir Awam yang Baik

--

In order to fulfill its vision, the Public Service Department's mission statements are:

1.  To enhance Comprehensive Capability Development Programmes among Civil Servants

2. To develop and promote Technology Application and Innovation in Service Deliveries

3. To improve and enhance Work Processes and Delivery Systems in our organisation

4. To promote and safeguard Good Public Governance

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​16


Facts #16

Peranan dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah menguruskan perancangan, pengurusan dan perkembangan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam.

Perancangan: Merancang sumber manusia kearah memastikan sumbangan berkualiti yang berterusan kepada semua peringkat pelanggan (warga perkhidmatan awam, perusahaan dan orang ramai) dan ekonomi negara. Melaksana dan mereviu dasar-dasar yang komprehensif berkaitan dengan sumber manusia melalui perancangan dan penyelidikan yang berstruktur dan sistematik.

Pengurusan: Mengurus sumber manusia dalam perkhidmatan awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan & perkembangan, ganjaran & penghargaan serta kemudahan-kemudahan dengan cekap dan berkesan. Meningkatkan dan memantapkan pengurusan sumber manusia dengan memperkenalkan sistem sumber manusia.

Pembangunan: Menyediakan sumber manusia dalam perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi iaitu, berilmu, bermotivasi, komited dan penuh daya innovasi.

----

The Public Service Department's core business is to plan, manage and develop human resources (HR) in the civil service.

Planning: HR planning towards ensuring continuous, quality contribution to all customers (civil servants, businesses and the public) and the nation's economy. Implement and review comprehensive policies related to HR through structured and systematic planning and research.

Management: Smooth and effective HR management and administration, including staffing, deployment, promotions, training & development, remuneration & rewards and benefits. Enhance and strengthen HR management by introducing an HR system.

Development: Preparing high quality civil servants, who are knowledgeable, motivated, competent and innovative.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


17


Fact #17

Ke arah memajukan sumber manusia perkhidmatan awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (JPP).

SPA: SPA adalah badan bebas yang membekalkan tenaga kerja Perkhidmatan Awam yang cekap, berkualiti, berpengetahuan, berkelayakan dan berkesan mengikut keperluan negara dengan cara yang cekap, berkesan dan pertimbangan yang saksama.

IPA: Memberi khidmat konsultansi dan pembangunan sumber manusia bagi perkhidmatan awam serta pelanggan tempatan dan antarabangsa selaras dengan rancangan kemajuan negara.

JPP: Memberi khidmat konsultansi pengurusan yang berkualiti tinggi kepada pihak berkepentingan bagi mencapai kecemerlangan perkhidmatan awam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang organisasi masing-masing.

 

---

Towards enhancing the civil service workforce, the Public Service Department (PSD) works closely with the Public Service Commission (PSC), Civil Service Institute (IPA) and Management Services Department (MSD).

PSC: PSC is an independent body responsible for the supply of efficient, quality, knowledgeable, qualified and effective human resources to the civil service based on national requirements in a manner that is efficient, effective and equitable.

IPA: To provide learning consultancies and development in Human Resource for the Civil Service, local and international clients aligned with the national development goals 

MSD: To provide high-quality management consultancies to stakeholders to achieve Civil Service excellence

For more information, please visit the respective organisations' websites.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


18​


​Fact #18

Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2021-2025 telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 20 Januari 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Strategik tersebut, sila layari laman sesawang JPA: http://www.jpa.gov.bn

 

---

The Public Service Department's (PSD's) Strategic Plan 2021-2025 was launch by Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Minister at the Prime Minister's Office on 20 January 2021.

For more information about the Strategic Plan, please visit the PSD website: http://www.jpa.gov.bn

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​19


Fact #19

Terdapat 5 Nilai-nilai murni utama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang mana merangkumi: Keprihatinan, Integriti, Progresif, Taqwa dan Adaptif (singkatannya CIPTA).

 

---

The Public Service Department (PSD) embodies 5 core values: Compassionate, Integrity, Progressive, Taqwa and Adaptive (CIPTA).

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


20


Fact #20

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjalankan kuasanya berasaskan peruntukan beberapa undang-undang Negara Brunei Darussalam yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, termasuk yang berikut:

  • Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Bab 83, Undang-Undang Brunei);
  • Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta SPA (juga dikenali sebagai Perintah Am) yang mengawal peraturan mengenai pelantikan, kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib;
  • Arahan daripada Jabatan Perdana Menteri (juga dikenali sebagai Surat-Surat Keliling JPM) termasuk yan g sebelumnya dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK)
  • Surat keliling Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang dikeluarkan mengenai perkara-perkara kewangan; dan
  • Peraturan Kewangan 1983 yang mentadbir perolehan pentadbiran dan isu-isu yang berkaitan.
  • Akta Pencen

---

The Public Service Department (PSD) undertakes its function through the  laws and regulations governing the civil service of Brunei Darussalam, including the following:

  • The Public Service Commission Act (Chapter 83

    of the Brunei Laws);
  • Regulations made under this PSC Act (also

    known as the General Orders) which governs rules on appointments, promotions and disciplinary actions;
  • Instructions from the Prime Minister's Office (known as Prime Minister's Office circulars) including previous ones issued by the State Secretariat (SUK);
  • Treasury Circulars issued on financial matters; and
  • Financial Regulations 1983 governing procurement and related issues.
  • Pension Act
     

#JPA50 #50FactsFor50Years