|
SURAT PEMBERITAHUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI NEGARA BIL: 19 / 2007 ANUGERAH SKIM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PROGRAM TENAGA PAKAR DAN
PROFESSIONAL, PROJEK DANA SUMBER MANUSIA BAGI SESI 2008/2009 |
|||||||||||||||||||
|
Setiausaha-Setiausaha
Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan yang telah membuat perancangan bagi
pegawai-pegawai didalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam(selepas ini
dipanggil Kerajaan) di Kementerian dan Jabatan masing-masing untuk mengikuti
pengajian melalui: -
Anugerah Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan atas biaya Kerajaan atau bukan Kerajaan -
Program
Tenaga Pakar dan Professional, Projek Dana Sumber Manusia bagi kursus di luar
negeri bagi
sesi 2008/2009 bolehlah menghadapkan sokongan melalui Jawatankuasa
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian masing-masing. Pegawai-pegawai
yang disokong hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. |
|||||||||||||||||||
|
1. |
SYARAT-SYARAT
AM |
||||||||||||||||||
|
|
1.1. |
Memenuhi
Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan seperti dalam Surat-Surat Keliling Jabatan
Perdana Menteri Bil:27/1988 (Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat Yang
Mengawal Mengenai Dengan Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam Negeri) atau Bil:10/2006
(Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Latihan Dalam
Perkhidmatan Seberang Laut (LDPSL) dan/atau Bil:16/2006
(Program Tenaga Pakar dan Professional) |
|||||||||||||||||
|
|
1.2. |
Mempunyai
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan iaitu
mulai tahun 2005 sekurang-kurangnya pada tahap Sangat Baik bagi semua tahap
kursus. Ketua-ketua
Jabatan hendaklah membuat/menghadapkan laporan sulit mengenai prestasi secara
keseluruhan bagi pegawai/kakitangan yang baru berkhidmat kurang dari satu (1)
tahun perkhidmatan. |
|||||||||||||||||
|
|
1.3. |
Memenuhi
tempoh ikatjanji yang telah ditetapkan serta mempunyai lebihan tempoh
perkhidmatan dengan Kerajaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas
menamatkan tempoh ikat-janji. |
|||||||||||||||||
|
2. |
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN AKADEMIK |
||||||||||||||||||
|
|
2.1. |
Syarat-syarat kelayakan minimum akademik mengikut tahap
pengajian adalah seperti berikut: |
|||||||||||||||||
|
|
|
2.1.1. |
Ijazah
Kedoktoran (Ph.D) |
- |
Mempunyai
Ijazah Sarjana atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding
dengannya atau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda bagi kes-kes yang
bersesuaian. |
||||||||||||||
|
|
|
2.1.2. |
Ijazah
Sarjana (Master) |
- |
i) |
Mempunyai
Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (Honours)
dalam bidang yang berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti atau
kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding dengannya; atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
ii) |
Pegawai
yang mendapat Ijazah Sarjana Muda tidak bertaraf kepujian di bawah program
dan sistem yang tidak menawarkan Ijazah Kepujian (Honours) boleh dipertimbangkan jika: -
kelulusan
ijazah Sarjana Muda tersebut diperolehi dari Universiti ternama/ bertaraf
"of high ranking"
atau/dan -
markah
kelulusan ijazah tersebut secara keseluruhan memenuhi GPA (Grade Point Average) atau -
mana-mana sistem penilaian markah
yang boleh diterima. |
|||||||||||||
|
|
|
2.1.3. |
Diploma Lepasan Ijazah atau ikhtisas |
- |
Mempunyai
Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai
sebanding dengannya. |
||||||||||||||
|
|
|
2.1.4. |
Ijazah
Sarjana Muda |
- |
i) |
Mempunyai
dua (2) mata pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan
atau alam peperiksaan awam yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding
dengannya; |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
ii) |
Diploma
Kebangsaan Tertinggi atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai
sebanding dengannya; |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
iii) |
Sijil
Kebangsaan Tertinggi; |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
iv) |
Diploma
Kebangsaan Biasa/Advanced Diploma bagi kursus Ijazah tertentu seperti dalam
bidang ‘Nursing’ yang mana kursus
tersebut tidak ditawarkan di peringkat Diploma Kebangsaan Tertinggi atau
sebanding dengannya. |
|||||||||||||
|
|
|
2.1.5. |
DiplomanKebangsaan
Tertinggi |
- |
i) |
Mempunyai
satu (1) mata pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan atau
dalam peperiksaan awam yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding
dengannya; |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
ii) |
Diploma
Kebangsaan Biasa |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
iii) |
Sijil
Kebangsaan Biasa. |
|||||||||||||
|
|
|
2.1.6. |
Diploma
Kebangsaan Biasa |
- |
i) |
Mempunyai
kepujian (Kredit) empat (4) mata
pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei
Cambridge Peringkat Biasa; |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Atau |
|||||||||||||
|
|
|
|
|
|
ii) |
Mempunyai
Sijil dalam bidang yang berkaitan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan
sebagai sebanding dengannya. |
|||||||||||||
|
|
|
2.1.7. |
Sijil
Kebangsaan Biasa |
- |
|
Mempunyai
kepujian (credit) empat (4) mata
pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa. |
|||||||||||||
|
|
2.2. |
Bagi
kursus-kursus di dalam negeri, di antara kriteria pertimbangan Latihan Dalam Perkhidmatan
ialah memenuhi syarat-syarat kelayakan institusi-institusi pengajian
berkenaan sepenuhnya seperti dalam ‘prospectus’
institusi berkenaan. |
|||||||||||||||||
|
3. |
SYARAT-SYARAT
KHUSUS |
||||||||||||||||||
|
|
3.1. |
Pegawai
yang akan mengikuti kursus (kecuali
kursus pendek atau kursus yang berbentuk klinikal atau penempatan kurang dari
9 bulan) yang bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris mestilah mempunyai salah
satu kelulusan Bahasa Inggeris seperti di bawah ini: |
|||||||||||||||||
|
|
|
3.1.1. |
Minimum
kredit Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau peperiksaan awam yang diiktiraf oleh
Kerajaan sebagai sebanding dengannya; atau |
||||||||||||||||
|
|
|
3.1.2. |
Memperolehi
kelulusan International
English Language Testing System (IELTS)
dalam tempoh tiga (3) tahun sebelum tarikh kursus bermula dengan mendapat
minimum Band 6 jurusan akademik kecuali yang dipersyaratkan oleh pihak
Institusi hendaklah memperolehi kelulusan tersebut dalam tempoh dua (2) tahun
sebelum tarikh kursus bermula; atau |
||||||||||||||||
|
|
|
3.1.3. |
Kelulusan
The Certificate For
Communication in Technical English |
||||||||||||||||
|
|
|
3.1.4. |
The University Entrance Test in
English for Speakers of Other Languages dari Joint
Matriculation Board (JMB) dengan markah pencapaian sekurang-kurangnya 5
atau grade B. |
||||||||||||||||
|
4. |
SYARAT-SYARAT
AM |
||||||||||||||||||
|
|
4.1. |
Kursus
yang dipohon dan disokong hendaklah berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab
serta jawatan yang dipegang oleh pegawai tersebut. |
|||||||||||||||||
|
|
4.2. |
Kursus
yang dipohon berlainan dengan tugas dan tanggungjawab boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan
perancangan Kementerian yang dapat disahkan dengan justifikasi terperinci. |
|||||||||||||||||
|
|
4.3. |
Pegawai
yang tidak memenuhi syarat di perenggan 2.1.2 masih boleh dipertimbangkan
jika; |
|||||||||||||||||
|
|
|
4.3.1. |
Pegawai
dikehendaki menjalani kursus yang merupakan sebahagian dari skim perkhidmatan
atau skim latihan bagi jawatan yang dipegang; |
||||||||||||||||
|
|
|
4.3.2. |
Pegawai
dikehendaki menjalani kursus yang merupakan sebahagian dari rancangan
penggantian pegawai berkontrak atau
yang akan bersara. |
||||||||||||||||
|
5. |
PERATURAN
- PERATURAN LAIN |
||||||||||||||||||
|
|
5.1. |
Kursus
dan institusi pengajian tinggi di luar negeri yang dipohonkan hendaklah
diiktiraf oleh Kerajaan dan universiti yang dipilih mestilah dari senarai
keseluruhan
‘Top 50’ atau ‘Top 30’ mengikut disiplin bagi United Kingdom atau dari
senarai ‘Top 400 World University Ranking 2007’
yang dikeluarkan oleh ‘Times Higher
Education Supplement’ (THES) bagi negara-negara lain. |
|||||||||||||||||
|
|
5.2. |
Pegawai
yang menarik diri dari LDP tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam setelah memulakan kursus atau ditamatkan LDPnya kerana gagal, hanya akan
dipertimbangkan jika mempunyai merit-merit yang luar biasa. |
|||||||||||||||||
|
|
5.3. |
Pegawai
yang dianugerahkan LDP yang gagal : |
|||||||||||||||||
|
|
|
5.3.1. |
Pegawai
yang gagal dalam peperiksaan kali pertama dan dibenarkan mengulang hendaklah
meneruskan pengajian didalam kursus yang sama, ditempat yang sama dan tidak
dibenarkan menangguhkan kursus. Pegawai berkenaan hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Skim latihan bagi tempoh
perlanjutan akan diturunkan skim. |
||||||||||||||||
|
|
|
5.3.2. |
Pegawai
hendaklah melaporkan kegagalan didalam kursus dengan serta-merta kepada Ketua
Jabatan masing-masing dan Ketua
Jabatan hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dalam tempoh empat belas (14) hari. |
||||||||||||||||
|
|
5.4. |
Pegawai
yang memohon untuk menangguhkan kursus, mengulang atau melanjutkan tempoh
kursus dikehendaki terlebih dahulu mendapatkan pengesahan/sokongan/kebenaran
daripada institusi pengajian berserta dengan laporan kemajuan. |
|||||||||||||||||
|
|
5.5. |
Pegawai
yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana tidak akan dipertimbangkan untuk
mengikuti kursus ditahap yang sama kecuali Ijazah Sarjana dalam bidang yang
berkaitan dengan dan diperlukan oleh tugas, tanggungjawab dan jawatan yang
dipegang atau yang akan dijalankan dimasa mendatang mengikut perancangan. |
|||||||||||||||||
|
|
5.6. |
Kursus/pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mestilah
berbentuk ‘disertasi’ dan/atau peperiksaan. |
|||||||||||||||||
|
|
5.7. |
Pegawai
yang akan mengikuti kursus di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran
(Ph.D): |
|||||||||||||||||
|
|
|
5.7.1. |
Dikehendaki
mengambil kursus yang berkaitan secara langsung dengan tugas dan
tanggungjawab. |
||||||||||||||||
|
|
|
5.7.2. |
bagi Pegawai
Pelajaran dari Kementerian Pendidikan yang mengajar di sekolah-sekolah adalah
diberikan keutamaan untuk mengikuti kursus dalam disiplin ‘mainstream’
masing-masing. |
||||||||||||||||
|
|
|
5.7.3. |
Dikehendaki
menyertakan cadangan bidang kajian (‘research
proposal’) yang dapat menunjukkan kesesuaian tajuk (‘topic’) dan jadual rancangan-rancangan penyelidikan yang
diperakukan oleh Ketua Jabatan. Bagi kursus diseberang laut, keutamaan ialah
bagi tajuk yang berkaitan dengan
konteks global (berbanding dengan konteks tempatan) sejajar dengan tujuan
untuk menimba ilmu pengetahuan dari negara-negara maju. |
||||||||||||||||
|
|
5.8. |
Tempoh
mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan hanya dibenarkan menurut tempoh asal
tawaran yang disahkan. |
|||||||||||||||||
|
|
5.9. |
Pegawai
wanita yang mengandung boleh menghadapkan permohonan untuk menangguhkan
kursus dengan menyertakan laporan kesihatan dan pengesahan daripada institusi
pengajian. |
|||||||||||||||||
|
|
5.10. |
Pegawai
adalah dikehendaki untuk menghadapkan Laporan Kursus, iaitu Borang E dan salinan Disertasi (bagi yang
mengikuti Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana) sebaik saja menamatkan kursus
dan selewat-lewatnya 3 minggu dari tarikh setelah melapor diri untuk berkhidmat
semula. Salinan sijil kelulusan bagi kursus LDP ini hendaklah dihadapkan
kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selewat-lewatnya 14 hari dari sijil
diterima. Kegagalan didalam memenuhi arahan ini akan memberi kesan kepada
permohonan bagi LDP seterusnya dan permohonan untuk mendapatkan kenaikan gaji
(jika berkenaan). |
|||||||||||||||||
|
|
5.11. |
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam adalah berhak untuk menetapkan jumlah keramaian
pegawai yang mengikuti bidang kursus yang sama di -institusi pengajian yang sama
di luar negeri. |
|||||||||||||||||
|
|
5.12 |
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam adalah berhak mempertimbangkan
permohonan-permohonan menurut Surat Pemberitahuan ini. |
|||||||||||||||||
|
|
5.13. |
Secara
am keutamaan akan diberikan kepada pegawai yang berumur di dalam lingkungan
40 tahun, manakala bagi pegawai yang memohon kursus Ijazah Kedoktoran (Ph.D),
keutamaan akan diberikan kepada pegawai yang berumur di dalam lingkungan 35
tahun. |
|||||||||||||||||
|
|
5.14. |
Pegawai
yang sedang mengikuti kursus di seberang laut dan dalam negeri semasa
bercuti adalah tidak perlu untuk
melapor diri untuk bertugas kepada Ketua Jabatan, memadai dengan memberikan
makluman kepada Ketua Jabatan. |
|||||||||||||||||
|
6. |
TATACARA
MENGHADAPKAN SOKONGAN |
||||||||||||||||||
|
|
6.1. |
Jawatankuasa
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia hendaklah memastikan sepenuhnya supaya
semua permohonan yang dihadapkan kepadanya adalah memenuhi semua syarat, dasar
dan peraturan yang berjalan pada masa ini termasuk perancangan
Kementerian/Jabatan masing-masing. |
|||||||||||||||||
|
|
6.2 |
Sokongan
hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan sendiri dan hendaklah dibubuh
Nama, Jawatan dan Cop Jabatan. |
|||||||||||||||||
|
|
6.3 |
Borang
mestilah diisi dengan lengkap dan sempurna dengan menyertakan perkara-perkara
berikut sebelum dihadapkan kepada Ketua Jabatan; -
Nama Institusi yang dipohonkan; -
Tarikh mula dan tempoh kursus; -
Tajuk dan isi kandungan kursus; -
Yuran
pengajian; -
Kertas
cadangan dan jadual rancangan-rancangan penyelidikan bagi pegawai yang akan
mengikuti kursus ditahap Ijazah Kedoktoran (Ph.D) atau Ijazah Sarjana. Peringatan: Surat tawaran penerimaan tempat kursus daripada
institusi pengajian hendaklah
dihadapkan SEGERA sebaik sahaja diperolehi. |
|||||||||||||||||
|
|
6.4. |
Ketua
Jabatan hendaklah mempastikan borang permohonan adalah lengkap dan sempurna
dengan menyertakan perkara-perkara berikut: -
Salinan laporan Penilaian Prestasi
yang terkini. -
Rekod
perkhidmatan yang terkini. -
Kertas
cadangan dan jadual rancangan-rancangan penyelidikan yang diperakukan oleh
Ketua Jabatan iaitu bagi pegawai yang akan mengikuti kursus ditahap Ijazah
Kedoktoran (Ph.D) atau Ijazah Sarjana. Bagi Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
hendaklah disertakan Nama Penyelia (Supervisor). -
Skim Perkhidmatan yang diluluskan
bagi jawatan pemohon. |
|||||||||||||||||
|
|
6.5. |
Satu
salinan surat/memorandum sokongan daripada Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga
Manusia hendaklah diberikan kepada: Setiausaha
Badan Mempertimbangkan Latihan Dalam Perkhidmatan Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam. |
|||||||||||||||||
|
|
6.6. |
Sokongan
hendaklah dihadapkan dengan menggunakan BORANG LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN sebanyak 1 salinan melalui Setiausaha Jawatankuasa
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian masing-masing kepada: Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam (U.P: Unit
Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan) Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam. |
|||||||||||||||||
|
7. |
TARIKH
AKHIR MENERIMA SOKONGAN |
||||||||||||||||||
|
|
7.1. |
Sokongan
Kementerian beserta borang permohonan Latihan Dalam Perkhidmatan yang LENGKAP
mestilah sampai ke Jabatan Perkhidmatan Awam dengan SEGERA dan TIDAK LEWAT
dari 4 bulan sebelum kursus bermula (salinan |
|||||||||||||||||
|
|
7.2. |
Borang
yang lewat diterima iaitu kurang dari 4 bulan sebelum kursus bermula tidak
akan diproses untuk dipertimbangkan dan AKAN DIKEMBALIKAN. |
|||||||||||||||||
|
Surat Pemberitahuan ini adalah berkuatkuasa mulai 01
Januari 2008. |
|||||||||||||||||||
|
‘Menjulang
Kepimpinan Laila Kesejahteraan’ ‘ Taat Beragama, Hidup Sejahtera ' [AWANG SA Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Jabatan
Perkhidmatan Awam Jabatan
Perdana Menteri | |||||||||||||||||||