|
JABATAN PERDANA MENTERI NEGARA BILANGAN: 10/2006 |
|||||||
|
ANUGERAH SKIM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PROGRAM TENAGA PAKAR DAN PROFESSIONAL, PROJEK DANA SUMBER MANUSIA BAGI SESI 2007/2008 |
|||||||
|
Kandungan Syarat-Syarat Kelayakan Akademik Tatacara Menghadapkan Sokongan Tarikh Akhir Menerima Sokongan
Borang Latihan Dalam
Perkhidmatan
E-Mel Jabatan Perkhidmatan
Awam |
|||||||
|
Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan yang telah membuat perancangan bagi pegawai di Kementerian dan Jabatan masing-masing untuk mengikuti pengajian melalui:
A. Anugerah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan atas biaya Kerajaan atau bukan Kerajaan B. Program Tenaga Pakar dan Professional, Projek Dana Sumber Manusia bagi kursus di luar negeri
bagi sesi 2007/2008 bolehlah menghadapkan sokongan melalui Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian masing-masing. Pegawai yang disokong hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
|
|||||||
|
|
1.1 |
Memenuhi Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan seperti dalam Surat-Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil:27/1988 (Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat Yang Mengawal Mengenai Dengan Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam Negeri) atau Bil:10/2006 (Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Latihan Dalam Perkhidmatan Seberang Laut (LDPSL) dan/atau Bil:16/2006 (Program Tenaga Pakar dan Professional) |
|||||
|
|
1.2 |
Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan iaitu mulai tahun 2004 sekurang-kurangnya pada tahap: |
|||||
|
|
|
1.2.1 |
Sangat Baik bagi mengikuti Ijazah Kedoktoran (Ph.D). |
||||
|
|
|
1.2.2 |
Sangat Baik dua (2) tahun dan Baik satu (1) tahun bagi Ijazah Sarjana dan Diploma Lepasan Ijazah. |
||||
|
|
|
1.2.3 |
Baik bagi mengikuti Ijazah Pertama atau Ikhtisas/ Diploma Kebangsaan Tertinggi/Diploma/Sijil. |
||||
|
|
1.3 |
Memenuhi tempoh ikatjanji yang telah ditetapkan serta mempunyai lebihan tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas menamatkan tempoh ikatjanji. |
|||||
|
|
2.1 |
Bagi
kursus-kursus di luar negeri, syarat-syarat kelayakan minimum akademik
mengikut tahap pengajian adalah seperti berikut: |
|||||
|
|
|
2.1.1 |
Ijazah
Kedoktoran (Ph.D) |
- |
Mempunyai
Ijazah Sarjana atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding
dengannya. |
||
|
|
|
2.1.2 |
Ijazah
Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah atau Ikhtisas |
- |
Mempunyai
Ijazah Pertama atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding
dengannya. |
||
|
|
|
2.1.3 |
Ijazah
Pertama |
- |
i) |
Mempunyai
dua (2) mata pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran
Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan atau dalam peperiksaan awam yang
diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding dengannya; |
|
|
|
|
|
|
|
|
atau |
|
|
|
|
|
|
|
ii) |
Diploma
Kebangsaan Tertinggi; |
|
|
|
|
|
|
|
|
atau |
|
|
|
|
|
|
|
iii) |
Sijil
Kebangsaan Tertinggi. |
|
|
|
|
2.1.4 |
Diploma
Kebangsaan Tertinggi |
- |
i) |
Mempunyai
satu (1) mata pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran
Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan atau dalam peperiksaan awam yang
diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding dengannya; |
|
|
|
|
|
|
|
|
atau |
|
|
|
|
|
|
|
ii) |
Diploma
Kebangsaan Biasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
atau |
|
|
|
|
|
|
|
iii) |
Sijil
Kebangsaan Biasa. |
|
|
|
|
2.1.5 |
Diploma
Kebangsaan Biasa |
- |
i) |
Mempunyai
kepujian (Kredit) empat (4) mata pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan
Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa dan telah berkhidmat
dengan Kerajaan minimum tiga (3) tahun dalam jawatan yang bersesuaian; |
|
|
|
|
|
|
|
|
atau |
|
|
|
|
|
|
|
ii) |
Mempunyai
Sijil dalam bidang yang berkaitan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan
sebagai sebanding dengannya. |
|
|
|
|
2.1.6 |
Sijil
Kebangsaan Biasa |
- |
|
Mempunyai
kepujian (Kredit) empat (4) mata pelajaran yang berkaitan dalam Peperiksaan
Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa dan telah berkhidmat dengan Kerajaan
minimum tiga (3) tahun dalam jawatan yang bersesuaian. |
|
|
|
2.2 |
Bagi
kursus-kursus di dalam negeri, syarat-syarat kelayakan adalah tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh institusi-institusi pengajian
berkenaan. |
|||||
|
|
3.1 |
Pegawai
yang akan mengikuti kursus di luar negeri yang bahasa pengantarnya Bahasa
Inggeris mestilah mempunyai salah satu kelulusan Bahasa Inggeris seperti di bawah ini: |
|||||
|
|
|
3.1.1 |
Minimum kredit Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau peperiksaan awam yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai sebanding dengannya; |
||||
|
|
|
3.1.2 |
Memperolehi kelulusan International English Language Testing System (IELTS) selepas 1 Mei 2004 dengan mendapat minimum Band 6 jurusan akademik bagi kursus ditahap Ijazah dan ke atas dan jurusan general bagi kursus ditahap Diploma Tertinggi Kebangsaan dan ke bawah; |
||||
|
|
|
3.1.3 |
Kelulusan
The Certificate For Communication in |
||||
|
|
|
3.1.4 |
The
University Entrance Test in English for Speakers of Other Languages dari
Joint Matriculation Board (JMB) dengan markah pencapaian sekurang-kurangnya 5
atau grade B. |
||||
|
|
4.1 |
Pegawai yang tidak memenuhi syarat di perenggan 1.2 masih boleh dipertimbangkan jika; |
|||||
|
|
|
4.1.1 |
jawatan yang skim perkhidmatan atau skim latihannya memerlukan pemegang jawatan tersebut mengikuti kursus; |
||||
|
|
|
4.1.2 |
pegawai berkenaan dicadangkan untuk disokong bagi rancangan penggantian pegawai berkontrak atau yang akan bersara. |
||||
|
|
4.2 |
Pegawai yang tidak memenuhi syarat di perenggan 2 masih boleh dipertimbangkan jika Kementerian dapat mengesahkan bahawa kursus berkenaan benar-benar diperlukan dan telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Negara Brunei Darussalam. |
|||||
|
|
4.3 |
Pegawai yang pernah mengikuti kursus dibawah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan lebih daripada enam (6) bulan sama ada sepenuh masa atau separuh masa hanya akan dipertimbangkan mengikuti kursus baru jika : |
|||||
|
|
|
4.3.1 |
telah balik berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sebelum tarikh kursus baru dijangka bermula ; atau |
||||
|
|
|
4.3.2 |
jawatan yang skim perkhidmatan atau skim latihannya memerlukan pemegang jawatan tersebut mengikuti kursus ; atau |
||||
|
|
|
4.3.3 |
pegawai berkenaan dicadangkan untuk disokong bagi rancangan penggantian pegawai berkontrak atau yang akan bersara. |
||||
|
|
5.1 |
Kursus
dan institusi pengajian tinggi di luar negeri yang disokong hendaklah di
perakui pengiktirafannya oleh Kerajaan. |
|||||
|
|
5.2 |
Pegawai yang menarik diri setelah memulakan kursus hanya akan dipertimbangkan selepas berkhidmat semula minimum enam (6) tahun pada tarikh kursus dijangka bermula. |
|||||
|
|
5.3 |
Pegawai yang dianugerah latihan dalam perkhidmatan yang gagal: |
|||||
|
|
|
5.3.1 |
Pegawai yang gagal dalam peperiksaan kali pertama dan dibenarkan mengulang hendaklah meneruskan pengajian dengan kursus yang sama ditempat yang sama dan tidak dibenarkan menangguhkan kursus. Pegawai berkenaan hendaklah menghadapkan permohonan untuk mengulang dan melanjutkan kursus. |
||||
|
|
|
5.3.2 |
Walaubagaimanapun, jika pegawai tersebut mendapat pengesahan/kebenaran daripada institusi pengajian untuk menangguhkan kursus, pegawai tersebut hendaklah menghadapkan permohonan untuk menangguhkan, mengulang dan melanjutkan kursus. |
||||
|
5.3.3 |
Skim latihan bagi tempoh perlanjutan berkemungkinan akan diturunkan. |
||||||
| 5.3.4 |
Pegawai yang: · gagal dan tidak dibenarkan mengulang; · gagal dan tidak berhajat untuk meneruskan pengajiannya; · gagal bagi kali kedua · gagal dalam peperiksaan kali pertama, dibenarkan mengulang dan menangguhkan kursus hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Jabatan masing-masing selewat-lewatnya 3 hari selepas menerima pemakluman. |
||||||
| 5.3.5 | Pegawai yang gagal dan tidak dibenarkan mengulang hanya akan dipertimbangkan mengikuti kursus baru setelah balik berkhidmat minimum empat (4) tahun pada tarikh kursus dijangka bermula. | ||||||
| 5.3.6 |
Pegawai yang gagal dan tidak berhajat untuk meneruskan pengajiannya hanya akan dipertimbangkan mengikuti kursus baru setelah balik berkhidmat minimum empat (4) tahun pada tarikh kursus dijangka bermula. |
||||||
| 5.3.7 |
Pegawai yang didapati gagal bagi kali kedua setelah mengulang melalui anugerah latihan dalam perkhidmatan akan ditamatkan biasiswa latihan dalam perkhidmatan dan permohonan untuk mengikuti kursus dalam tahap yang sama tidak akan dipertimbangkan. |
||||||
|
|
5.4 |
Pegawai yang dikeluarkan daripada institusi pengajian tinggi adalah dikira gagal dan adalah tertakluk kepada peraturan di perenggan 5.3. |
|||||
|
|
5.5 |
Pegawai yang sudah mempunyai Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana tidak akan dipertimbangkan untuk mengikuti kursus ditahap yang sama. |
|||||
|
|
5.6 |
Kursus/pengajian di peringkat Ijazah Sarjana mestilah berbentuk ‘disertasi’ dan/atau peperiksaan. |
|||||
|
|
5.7 |
Pegawai yang akan mengikuti kursus di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D), adalah dikehendaki menyertakan cadangan bidang kajian (‘research proposal’) yang dapat menunjukkan kesesuaian tajuk (‘topic’) dan jadual rancangan-rancangan penyelidikan yang diluluskan oleh Ketua Jabatan. |
|||||
|
|
5.8 |
Tempoh mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan hanya dibenarkan menurut tempoh asal minimum yang ditetapkan oleh institusi pengajian yang berkenaan. |
|||||
|
|
5.9 |
Pegawai wanita yang didapati mengandung sebelum atau semasa mengikuti kursus boleh menghadapkan permohonan untuk menangguhkan kursus. |
|||||
|
|
5.10 |
Pegawai adalah dikehendaki untuk menghadapkan Laporan Kursus, iaitu Borang E, salinan Sijil kursus dan salinan Disertasi (bagi yang mengikuti Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana) sekurang-kurangnya dua minggu setelah tamat kursus. Pegawai yang tidak mengendahkan arahan ini akan mengakibatkan peluang bagi anugerah skim latihan dalam perkhidmatan seterusnya terjejas. Disamping itu permohonan untuk mendapatkan kenaikan gaji (jika berkenaan) juga tidak akan diproses. |
|||||
|
|
|
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah berhak untuk menetapkan jumlah keramaian pegawai yang mengikuti bidang kursus yang sama disatu institusi pengajian di luar negeri. |
|||||
|
|
5.12 |
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah berhak mempertimbangkan permohonan-permohonan menurut Surat Pemberitahuan ini. |
|||||
|
|
6.1 |
Jawatankuasa
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia hendaklah memastikan sepenuhnya supaya
semua permohonan yang dihadapkan kepadanya adalah memenuhi semua syarat,
dasar dan peraturan yang berjalan pada masa ini termasuk perancangan
Kementerian/Jabatan masing-masing. |
|||||
|
|
6.2 |
Sokongan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan
atau Timbalan Ketua Jabatan SAHAJA di
mana pegawai bertugas. |
|||||
|
|
6.3 |
Sokongan
hendaklah dihadapkan dengan menggunakan
BORANG LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN sebanyak 1 salinan melalui Setiausaha Jawatankuasa
Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Kementerian masing-masing kepada: |
|||||
|
|
|
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, (U.P: Unit Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan SPA, Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510, Negara |
|||||
|
|
6.4 |
Borang
mestilah diisi dengan lengkap dan sempurna dengan menyertakan perkara-perkara
berikut sebelum dihadapkan kepada Ketua Jabatan; §
Tarikh
mula dan tempoh kursus; §
Isi
kandungan kursus; §
Yuran
pengajian; §
Kertas
cadangan dan jadual rancangan-rancangan penyelidikan bagi pegawai yang akan
mengikuti kursus ditahap Ijazah Kedoktoran (Ph.D) atau Ijazah Sarjana ; dan §
Surat tawaran penerimaan tempat
kursus daripada institusi pengajian. Bagi
yang belum ditawarkan tempat, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika
surat tawaran sampai ke Jabatan Perkhidmatan Awam minimum satu setengah (1˝) bulan sebelum tarikh kursus bermula. |
|||||
|
6.5 |
Ketua
Jabatan hendaklah memastikan borang permohonan adalah lengkap dan sempurna
dengan menyertakan perkara-perkara berikut:
§
Salinan
laporan Penilaian Prestasi kakitangan bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan
mulai tahun 2004.
§
Rekod
perkhidmatan yang terkini dan diakui sah termasuk rekod cuti mutakhir.
§
Kertas
cadangan dan jadual rancangan-rancangan penyelidikan yang dipersetujui iaitu
bagi pegawai yang akan mengikuti kursus ditahap Ijazah Kedoktoran (Ph.D) atau
Ijazah Sarjana.
§
Skim
Perkhidmatan yang diluluskan bagi jawatan pemohon. |
||||||
|
|
6.6 |
Satu salinan surat/memorandum sokongan daripada Jawatankuasa Perkembangan Sumber Tenaga Manusia hendaklah diberikan kepada:
|
|||||
|
|
7.1 |
Sokon | |||||